Top Menu

Apa Yang Ada Di Perkampungan Budaya Qing Xin Ling


Penulis terasa seperti ingin berkunjung pula ke Perkampungan Budaya Qing Xin Ling yang terletak di Ipoh, Perak setelah menonton satu rakaman video seorang pengunjung berkenaan dengan Perkampungan Budaya Qing Xin Ling. 

Penulis menjangkakan mungkin tidak ramai pengunjung dari bangsa Melayu atau India yang datang berkunjung ke tempat ini. Mendengar nama tempat ini sahaja, sudah tahu pasti lebih ramai pengunjung bangsa Cina bukan?

Namun begitu, lebih baik rasanya kita menjenguk dan semak dulu tentang Perkampungan Budaya Qing Xin Ling dan apa yang ada di sini. Mungkin selepas ini ada dikalangan Melayu dan India yang sudi berkunjung? Apa salahnya bukan...
 

Sesuai dengan perkataan Qing Xin Ling (清心嶺) dalam Bahasa Cina yang membawa maksud Bukit Tenang, gambaran para pengunjung dalam video tersebut begitu tenang sekali dalam suasana persekitaran yang damai dan menyegarkan. Terletak lebih kurang 10 minit dari bandar Ipoh, lokasinya berhampiran dengan Gunung Rapat, di Persiaran Pinggir Rapat, Ipoh.  Apa yang kelihatan menarik dalam video tersebut ialah suasana tempat ini membawa kita seperti berada pada zaman 60-an atau 70-an. Elemen-elemen hiasan seperti beca dan basikal serta hiasan gambar-gambar lama begitu menarik perhatian.

Jika ke sini nanti, pastikan anda tidak melepaskan perkara-perkara penting yang perlu anda lakukan semasa kunjungan anda ke Perkampungan Budaya Qing Xin Ling. Antaranya ialah :


1. MENAIKI BASIKAL ATAU BECA MENGELILINGI TASIK

Pasti seronok mengayuh basikal atau beca mengelilingi tasik dan kampung. Apatah lagi jika dapat menaiki basikal atau beca rekabentuknya seperti zaman 60-an dan 70-an.


2. MEMBERI MAKANAN KEPADA IKAN-IKAN DI KOLAM

Memberi makan kepada ikan-ikan juga dapat menenangkan fikiran anda. Ambil sekejap masa merehatkan badan fikiran dengan melihat ikan-ikan makan.  Di sini ada dijual makanan ikan. Harganya cuma RM1 sahaja.



3. BERMAIN BUAIAN DI PINGGIRAN TASIK

Lihat gambar saja sudah tahu buaian di sini merupakan buaian rekabentuk lama. Seronok juga dapat bermain buaian di tepi tasik. Jangan sampai tercampak ke dalam air sudah la ye.


4.  BERJALAN-JALAN MELIHAT KOLEKSI BARANGAN ANTIK GAYA VINTAJ
kampung2.PNG
Kredit kepada video Youtube : TianChad

Ada pelbagai koleksi barangan antik seperti pengisar air batu, motosikal antik dan foto-foto lama yang dipamerkan di deretan pondok-pondok berhampiran laluan gua.


5.  MENGHAYATI TITISAN -TITISAN AIR DARI GUNUNG RAPAT
kampung1.PNG
Kredit kepada video Youtube : TianChad
Sambil-sambil menghayati dan mengamati struktur batuan Gunung Rapat yang terbentuk beribu-ribu tahun, anda akan dapat melihat titisan-titisan air yang mengalir melalui celahan-celahan batu. Ini boleh dilihat terutamanya pada waktu selepas hujan. Efek seperti ini tentu lebih nikmat dirasai bukan?


6.  MEREDAH HUTAN DAN MENGHAYATI KEHIJAUAN

Laluan di sini mungkin agak mencabar. Tapi sebenarnya ada anak-anak tangga yang disediakan siap dengan tali dan pemegang untuk lebih selamat. Jadi jika anda berniat untuk melakukan aktiviti trekking, bersedialah dengan pakaian dan kasut yang sesuai.


7. BEREHAT-REHAT DI PONDOK BERHAMPIRAN TASIK

Setelah penat berjalan, ambillah masa untuk berehat-rehat di pondok-pondok yang disediakan.  Ada banyak pondok yang disediakan di sini. Kalau anda inginkan tempat rehat yang lebih selesa lagi, di sini ada juga disediakan chalet untuk mereka yang ingin menginap lebih lama.


8.  TIDAK CUKUP SETENGAH HARI, BOLEH MENGINAP DI CHALET SEHARI

Chalet di sini ada bermacam-macam warna. Lihat saja dalam gambar ada warna merah, pink, kuning, hijau dan coklat. Kalau anda ada bajet yang lebih dan tidak puas untuk berjalan-jalan di sini, bolehlah menginap di chalet yang disediakan. Ada 12 chalet untuk pengunjung. Pada waktu malam, anda dibenarkan untuk aktiviti barbecue.



Info Lanjut:

Harga Tiket : RM 4
PERCUMA bagi yang berumur bawah 12 tahun

Alamat :
Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village
22A, Persiaran Pinggir Rapat 5A, Taman Saikat, 31350, Ipoh, Perak
Persiaran Pinggir Rapat 5a
Taman Saikat
31350 Ipoh, Perak

Waktu Operasi :
10.00 pagi - 5.30 petang

Post a Comment

Copyright © Inveezible. Designed by OddThemes & SEO Wordpress Themes 2018